UNDANG-UNDANG yang melindungi raja-raja daripada dihina dan dipersenda dikenali di seluruh dunia sebagai lese-majeste law. Tujuannya bagi memelihara kemuliaan institusi diraja. Paling masyhur dengan undang-undang lese-majeste ini tentunya Thailand dan ia telah wujud sejak kanun jenayah negara itu digubal pada 1908 lagi. Terbaharu, Kemboja turut menggubal undang-undang serupa dan diluluskan Parlimen negara itu 11 bulan lalu. Ketegasan Thailand dalam menguatkuasakan undang-undang itu memang tiada tolok banding, waima warga asing sekalipun…










