Tiga peluncur terkorban, seorang masih hilang - Utusan Malaysia

Tiga peluncur terkorban, seorang masih hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VIENNA 13 Jan.- Seramai tiga peluncur warganegara Jerman terkorban manakala seorang lagi masih hilang dalam insiden runtuhan salji yang berlaku di Resort ski Austria Lech am Arlberg, di sini.

Ketiga-tiga mangsa ditemui sekitar pukul 11 malam waktu tempatan selepas isteri kepada salah seorang yang terkorban melaporkan kehilangan kesemua individu berkenaan kepada pihak polis.

Kesemua terkorban berumur antara 32 hingga 57 tahun manakala seorang lagi yang masih belum ditemui berumur 28 tahun.

Salji tebal melanda pergunungan di Austria beberapa minggu lalu mengaktifkan amaran runtuhan salji.

Beberapa jalan utama di kawasan sekitar ditutup sementara waktu atas faktor keselamatan .-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN