Tiga kembar seiras curi tumpuan  - Utusan Malaysia

Tiga kembar seiras curi tumpuan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Kehadiran tiga kembar seiras di Sekolah Kebangsaan Seksyen 20 di sini mencuri tumpuan pada sesi persekolahan murid tahun satu hari ini.

Ketiga-tiga mereka adalah Muhammad Adam Mohd. Faizal dan dua lagi kembarnya Muhammad Aiman serta Muhammad Aqeel yang merupakan anak kepada Penerbit Radio Bernama.

Menurut Ibu mereka, Nas Zamimi Nasbah, 35, ketiga-tiga anak kembarnya itu cukup teruja dan gembira untuk memulakan hari pertama persekolahan terutama apabila dapat berada dalam kelas yang sama.

“Pada orientasi sebelum ini, mereka bertiga ditempatkan di kelas berlainan namun kami memohon supaya mereka berada dalam kelas sama pada hari ini.

“Rasanya mereka tiada sebarang masalah mengikuti pembelajaran di suasana baharu susulan telah mengikuti pra sekolah sejak berusia empat tahun,” katanya ketika ditemui di sekolah tersebut hari ini.

Jelas Nas Zamimi, kakak mereka, Batrisyia Faliha, 8, juga merupakan murid tahun dua di sekolah yang sama.

“Saya harap kesemua anak-anak saya dapat bersaing dalam persekitaran sihat untuk sama-sama menempa kejayaan sepanjang berada di sekolah ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Mohd Salleh Mohd Kassim menjelaskan seramai 96,492 murid Tahun Satu memulakan sesi persekolahan di semua sekolah di negeri ini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×