ALOR SETAR 2 Jan. – Johor Darul Ta’zim (JDT) dan pemiliknya tidak perlu ‘mengajar’ Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berkaitan undang-undang dan peraturan jika mereka awal-awal lagi melakukan rundingan secara ‘pintu belakang’ untuk mendapatkan pemain Lang Merah. Malah, KFA pada masa sama menyangkal dakwaan kononnya pasukan itu tidak pandai menjaga kebajikan pemain kerana Lang Merah sentiasa prihatin terhadap soal itu termasuk kebajikan Akhyar Rashid. Presiden KFA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir…










