SEMUA perkara yang terjadi ke atas makhluk di alam semesta ini bukanlah secara kebetulan atau berlaku dengan sendirinya. Ia suatu yang telah dirancang dengan teliti dari semua segi, semua ukuran, semua sudut dan semua keadaan oleh Allah SWT. Siapa sangka sebuah restoran di Shah Alam yang mendapat liputan meluas media ekoran insiden pekerjanya ditampar selepas menegur tiga pelanggannya yang merokok, telah mendatangkan hikmah yang lebih besar – didapati restoran itu…










