Tiada unsur penderaan, kecederaan fizikal terhadap bayi - Polis - Utusan Malaysia

Tiada unsur penderaan, kecederaan fizikal terhadap bayi – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT – Tiada sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal pada seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan yang meninggal dunia dipercayai didera di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, bagaimanapun siasatan akan terus dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian.

Menurutnya, dalam kejadian tersebut, mangsa, Muhammad Firas Danial Muhammad Nizar telah dihantar ke rumah pengasuh di kuarters polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung dalam keadaan yang tidak sihat dan dikatakan telah tiga hari demam. 

“Dalam jagaan pengasuh, bayi tersebut kemudiannya tidak sedarkan diri. Tindakan serta merta telah diambil oleh pengasuh dan ibunya dengan membawa bayi tersebut ke Hospital Seri Manjung. 

“Namun keadaan bayi tersebut agak kritikal dan pihak Hospital Manjung telah segera merujuk serta menghantar mangsa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Muhammad Hanif, selepas sehari berada di Unit Rawatan Rapi HRPB, mangsa telah meninggal dunia.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati kematian mangsa adalah berpunca dari pendarahan dalam kepala dan terdapat darah beku.

“Tiada sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal pada mangsa,” katanya.

Kes disiasat di bawah sek 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN