Tiada kecederaan fizikal terhadap bayi meninggal dunia disyaki didera - Utusan Malaysia

Tiada kecederaan fizikal terhadap bayi meninggal dunia disyaki didera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT 29 Jan.- Tiada sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal terhadap seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan yang meninggal dunia yang dipercayai didera di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, bagaimanapun siasatan akan terus dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian.

Menurut Muhammad Hanif, dalam kejadian tersebut, bayi tersebut, Muhammad Firas Danial Muhammad Nizar telah dihantar ke rumah pengasuh di kuarters polis Ibu pejabat Daerah (IPD) Manjung dalam keadaan tidak sihat dan dikatakan telah tiga hari demam. 

“Dalam jagaan pengasuh, bayi tersebut telah tidak sedarkan diri. Tindakan serta merta telah diambil oleh pengasuh dan ibunya dengan membawa bayi tersebut ke Hospital Seri Manjung. 

“Namun keadaan bayi tersebut agak kritikal dan pihak Hospital Manjung telah segera merujuk serta menghantar mangsa ke Hospital Besar Ipoh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Muhammad Hanif, selepas sehari berada di Unit Rawatan Rapi Hospital Ipoh, mangsa telah meninggal dunia.

“ Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati kematian mangsa adalah berpunca dari pendarahan dalam kepala terdapat darah beku.

“ Tiada sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal pada mangsa,” katanya.

Menurutnya, kes tersebut disiasat di bawah sek 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN