Tiada bom di stesen minyak - Utusan Malaysia

Tiada bom di stesen minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS 3 Dis. – Polis mengesahkan tiada sebarang bom ditemukan di dalam sebuah kereta jenis Perodua Axia di salah sebuah stesen minyak di sini sebagaimana laporan yang diterima oleh pihaknya, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, hasil pemeriksaan teliti selama tiga jam oleh   Unit Pemusnah Bom, Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan, mendapati kenderaan tersebut bebas daripada bahan letupan itu.

“Sekitar pukul 8.30 malan tadi, kita telah menerima panggilan daripada petugas stesen minyak berkenaan mengatakan ada ada bom di sini.

“Menurut petugas stesen minyak, seorang pelanggan lelaki yang merupakan pemilik kepada kereta tersebut datang memberitahu dia tergendar bunyi detikan seakan-akan bom jangka,” katanya ketika ditemui di sini awal pagi ini.

Abdullah berkata, terkejut dengan maklumat tersebut pekerja stesen minyak itu telah menghubungi pihak polis.

Katanya, sejurus menerima panggilan polis telah datang dan kemudian menutup stesen minyak berkenaan serta jalan di kawasan sekitar untuk pemeriksaan lanjut.

Utusan Online malam tadi melaporkan, beberapa pekerja sebuah stesen minyak di sini dikejutkan dengan ancaman bom oleh seorang lelaki sebentar tadi.

Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, seorang lelaki berusia 29 tahun yang datang untuk mengisi minyak di sini telah memaklumkan dia bahawa ada bom di bawah tempat duduk keretanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN