THT akhirnya tamatkan badi - Utusan Malaysia

THT akhirnya tamatkan badi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Jan. – Selepas empat kali gagal dalam percubaan terdahulu, Pasukan Hoki Terengganu (THT) akhirnya menjulang Piala Sumbangsih, sekali gus memulakan kempen musim baharu Liga Hoki Malaysia (MHL) dengan langkah kanan, hari ini.

THT yang dibimbing jurulatih baharu, I Vikneswaran menundukkan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) menerusi menerusi pukulan penalti shoot out 3-1 di Stadium Hoki Batu Buruk, sebentar tadi.

Kemenangan itu sekali gus menamatkan badi kekalahan dalam empat edisi terdahulu biarpun cemas seketika selepas UniKL bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat THT 2-2 hingga tamat permainan.

Penyerang kebangsaan, Faizal Saari membuka jaringan THT seawal minit ketiga selepas menyempurnakan hantaran pemain import dari Korea Selatan, Jun Man jie.

Jang Jong Hyun menjadikan kedudukan 2-0 menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-15.

Tersentak jaringan itu, UniKL yang dibimbing Arul Selvaraj menukar taktikal perlawanan dan akhirnya merapatkan jurang menerusi pukulan sudut penalti pemain kebangsaan, Razie Rahim pada minit ke-30.

Lima minit berselang Razie sekali lagi menutup mulut lebih 1,000 peminat setia tuan rumah apabila menjaringkan gol penyamaan 2-2 juga melalui pukulan sudut penalti hasil hantaran kapten, Marhan Jalil. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN