SHAH ALAM 8 Jan. – Keluarga bekas calon Angkatan Muda Keadilan (AMK), M. Thiyahu, yang mati ditetak petang semalam tidak menolak kemungkinan serangan itu dilakukan sindiket pengedaran dadah. Ini kerana dakwa seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, Thiyahu, 30, terlibat aktif dalam membendung aktiviti jenayah di kawasan kejiranan di Seksyen 7, di sini khususnya penyalahgunaan dan pengedaran dadah. “Saya percaya serangan ini ada kaitan dengan penglibatan aktif Thiyahu menentang aktiviti jenayah terutama pengedaran dadah dan melihat kepada perbuatan ganas penyerang, mereka juga mungkin di bawah pengaruh dadah. “Selepas Thiyahu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya