The Red Devils intai Manolas - Utusan Malaysia

The Red Devils intai Manolas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM – ‘Saham’ tonggak berpengalaman AS Roma, Kostas Manolas kini melonjak tinggi selepas dia dikatakan menjadi rebutan kelab-kelab gergasi Eropah termasuk Manchester United yang ketika ini sedang mencari seorang pemain pertahanan baharu bagi menguatkan kubu mereka.

Pemain antarabangsa Greece itu mula dilihat sebagai antara pemain pertahanan tengah terbaik di Eropah sejak menyertai kelab Serie A tersebut dari Olympiakos empat tahun lalu.

Kelab Liga Perdana England (EPL) lain seperti Chelsea dilaporkan bersedia untuk mengaktifkan klausa pelepasan kontraknya yang bernilai £34 juta (RM179.5 juta) manakala Arsenal turut dikhabarkan berminat ke atasnya.

The Red Devils dilihat sebagai destinasi yang sesuai buat Manolas selepas mereka kini dalam perancangan untuk memperkuatkan kembali cabaran dalam saingan EPL di bawah kendalian pengurus sementara, Ole Gunnar Solskjaer.

Pemain berusia 27 tahun tersebut telah beraksi bersama Roma selama empat tahun dan merupakan antara pemain paling menyinar di Serie A.

Selepas membuat 200 penampilan, dia dilihat mula memasuki zaman kemuncaknya dan diramal mampu mengatasi Victor Lindelof atau Eric Bailly dalam perebutan posisi tersebut di Old Trafford.

United ketika ini mengalami krisis di bahagian pertahanan setelah melepaskan 32 gol dalam 20 perlawanan EPL setakat ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×