Tetap berkhidmat jika kalah - Manogaran - Utusan Malaysia

Tetap berkhidmat jika kalah – Manogaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS 20 Jan. – Calon Parlimen Cameron Highlands, M. Manogaran akan terus memberi perkhidmatan kepada masyarakat di sini meskipun jika beliau tidak memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu, Sabtu ini.

Menurut Manogaran, sama ada kalah atau menang, dia tetap berusaha dan komited dalam memberi perkhidmatan kepada penduduk.


“Sebagai calon, kalah atau menang adalah perkara biasa. Kerajaan PH adalah kerajan hari ini dan jika saya menang, ia lebih baik untuk masyarakat di sini


“Namun, jika saya kalah, kita akan terus menyambung kerja seperti biasa untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk di sini,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan di Pasar Pagi Tanah Rata di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN