PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menegaskan agar persefahaman dan silaturahim antara pelbagai agama serta kaum wajib diteruskan oleh seluruh rakyat di negara ini.
Menurut beliau, perpaduan dan keharmonian tersebut merupakan tanda kemegahan sebenar Malaysia Baharu.
Jelasnya, Hari Thaipusam juga merupakan hari menunaikan nazar sebagai satu tanda kesyukuran.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Perayaan ini juga memberi kita kesempatan untuk mempamerkan penghargaan terhadap kekayaan budaya yang telah lama kita nikmati bersama sebagai satu bangsa.
“Dengan itu, saya mengucapkan Selamat Menyabut Hari Thaipusam kepada semua yang meraikannya,” katanya dalam satu perutusan sambutan Hari Thaipusam hari ini. – K! ONLINE











