KEPALA BATAS 23 Jan.- Seorang pengurus kilang mengalami kerugian berjumlah RM21,668 selepas ditipu sindiket yang menawarkan pinjaman yang dipercayai tidak wujud daripada iklan di media sosial Facebook, baru-baru ini. Dalam kejadian 10 Januari lalu, mangsa dikatakan mahu membuat pinjaman sebanyak RM100,000 tetapi diminta membuat bayaran terlebih dahulu untuk mendapatkan proses pinjaman tersebut. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner, Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa yang berasal dari Permatang Pauh…










