Teresa dedah LGM rugi RM800 juta - Utusan Malaysia

Teresa dedah LGM rugi RM800 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 3 Jan.- Kementerian Industri Utama mendedahkan Lembaga Getah Malaysia (LGM) mengalami kerugian sebanyak RM800 juta selepas penjualan tanah seluas 1,133 hektar oleh kerajaan terdahulu.

Menterinya, Teresa Kok berkata, tanah LGM di Sungai Buloh, Selangor itu dijual pada Oktober 2010 kepada Aset Tanah Negara Berhad (ATNB) menerusi jualan langsung dengan LGM dibayar sebanyak RM1.5 bilion.


Teresa berkata, bagaimanapun terbongkar yang tanah seluas 1,133 hektar itu kemudiannya dibeli oleh Kwasa Land (EPF) pada harga RM2.28 bilion iaitu berbeza RM800 juta daripada apa yang dibayar kepada LGM.


“LGM berpendapat pihaknya mempunyai hak secara sah ke atas jumlah RM800 itu. Transaksi meragukan ini telah dilaporkan kepada Jabatan Audit Negara untuk audit menyeluruh dan siasatan lanjut.

“Jumlah keseluruhan tanah LGM di Sungai Buloh di Lot 481 ialah kira-kira seluas 1,369 hektar dan setelah penjualan 1,133 hektar tanah ini, baki Lot 481 ialah 236 hektar sahaja,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN