MUKADIMAHPSIKOLOGI sukan adalah bidang yang amat mencabar namun tidak ramai sedar kepentingannya dalam membantu meningkatkan prestasi atlet. Kecemerlangan dalam prestasi sukan banyak bergantung kepada faktor mental sama seperti kepentingan kemahiran fizikal, teknikal atau taktikal kerana apa yang bermain di fikiran serta perasaan seseorang atlet boleh memberi kesan ketara terhadap persembahan mereka. Bagi mendalami kepentingan psikologi dalam menyumbang kejayaan atlet, Wartawan Utusan Malaysia ZAZALI JAMIAN menemuramah Ketua Pusat Psikologi Sukan Institut…










