Terap kemahiran insaniah dalam polis Johor - Utusan Malaysia

Terap kemahiran insaniah dalam polis Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 23 Jan. – Pengurusan tertinggi polis Johor akan menekankan aspek kebajikan dalam usaha menangani pegawai dan anggota mereka yang bermasalah.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil kader Mohd. berkata, antaranya dengan memperkasakan kemahiran insaniah untuk mereka merangkumi aspek keperibadian dan kerja berkumpulan.

“Kita sedar dengan tuntutan kerja yang memaksa anggota untuk bekerja dalam tempoh yang lama dan terpaksa meninggalkan keluarga mereka, kebajikan mereka perlu diambil kira.

“Melihat kepada situasi itu, kita cuba menggunakan pendekatan kemahiran insaniah (softskill) dengan memastikan pegawai dan anggota mempunyai ketahanan mental yang kuat.

“Menerusi kemahiran ini, pegawai itu bersedia untuk berkhidmat dan memberi yang terbaik kepada masyarakat,” katanya dalam sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Ibu pejabat Polis Kontinjen Johor di sini sebentar tadi.

Mohd. Khalil menambah, usaha pemerkasaan kemahiran insaniah dalam kalangan pegawai dan anggota dilakukan bukan sahaja menerusi ceramah, sebaliknya turut dilengkapkan dengan pendedahan fizikal dan praktikal. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×