KUCHING 16 Jan. – Sebanyak 310 ekor Burung Murai yang cuba diseludup ke negara jiran menggunakan laluan lorong tikus telah berjaya digagalkan oleh pihak tentera di sempadan Malaysia dan Indonesia di Tebedu kira-kira 100 km dari sini hari ini. Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia dalam satu kenyataan berkata dalam Operasi SERKAP yang bermula pada 4 pagi di kawasan berhampiran Kompleks ICQS Tebedu dan Inland Port Tebedu, pihak tentera turut mengesan…










