WASHINGTON 3 Jan. – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi amaran operasi kerajaan Persekutuan mungkin tidak akan beroperasi semula sepenuhnya selepas beliau bertegas menuntut agar permintaannya berhubung dana pembinaan tembok sempadan bernilai berbilion dolar diluluskan oleh Kongress.
Berucap ketika mesyuarat Kabinet pada hari ke-12 shutdown dilaksanakan, Trump berkata ia akan mengambil masa yang lama sebelum isu terbabit diselesaikan.
“Adalah sangat penting untuk bercakap mengenainya.
“AS$5.6 bilion (RM23.2 bilion) adalah amaun yang sedikit dan kita sedang bercakap mengenai keselamatan negara. Saya berpendapat rakyat negara ini tahu saya betul,” katanya.
Trump bakal mengadakan pertemuan dengan penggubal undang-undang parti Demokrat, Nancy Pelosi dan Chuck Schumer dalam usaha untuk menyelesaikan isu tersebut. – AFP










