PUTRAJAYA 29Jan. – Kerajaan sedia meneliti mewujudkan akta khusus berkenaan sumbangan dana politik.
Menurut Perdana Menteri,Tun Dr. Mahathir Mohamad, setiap parti politik memerlukan dana untuk membolehkannya berfungsi.
Malah kata beliau, parti-parti politik berdepan peningkatan kos operasi sepanjang masa.
“Bagaimanapun, kita perlu memastikan sumber dana yang diterima mestilah sah di sisi undang-undang dan diperakui kerajaan.
“Kerajaan sekarang meneliti bagaimana dana (politik) yang diterima bukan satu bentuk rasuah kepada parti politik dan kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE










