KUALA TERENGGANU 16 Jan. – Setelah mengambil kira tarif air di negeri ini tidak pernah disemak sejak 22 tahun lalu, kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan untuk menaikkan kadar tarif itu tahun ini. Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika mengesahkan perkara itu bagaimanapun memberi jaminan kadar baharu itu nanti tidak akan membebankan rakyat Terengganu. Menurutnya, kenaikan kadar baharu itu perlu dibuat berdasarkan kaedah pengiraan tertentu setelah mengambil kira kadar tarif…










