PULAU PINANG 16 Jan. – Kerajaan Negeri Pulau Pinang menafikan dakwaan tarif air di negeri ini mengalami kenaikan lebih empat kali dalam tempoh 2008 hingga 2017. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, tarif air domesik dan perniagaan di negeri ini hanya disemak sekali dalam tempoh itu iaitu pada 2015. “Apa yang dianggap sebagai kenaikan kadar tarif air iaitu pada 2010 dan 2013 sebenarnya surcaj pemuliharaan air (WCS) yang melibatkan hanya…










