SAUDARA PENGARANG,PERANGKAAN tenaga buruh oleh Jabatan Statistik Malaysia untuk suku ketiga 2018 menunjukkan jumlah penganggur adalah sekitar 512,900 orang. Ada yang berpendapat pengangguran khususnya dalam kalangan belia menjadi begitu tinggi kerana mereka terpaksa bersaing dengan pekerja asing yang sanggup menerima gaji lebih rendah dengan suasana kerja tidak selesa. Majikan pula dituduh lebih gemar mengambil pekerja asing yang mudah dieksploitasi. Rekod Jabatan Imigresen pada Julai 2018 menunjukkan terdapat sejumlah 1.76 juta…










