Tangan pekerja restoran nyaris hancur termasuk mesin pengisar - Utusan Malaysia

Tangan pekerja restoran nyaris hancur termasuk mesin pengisar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Seorang lelaki terpaksa menahan sakit kira-kira 30 minit selepas jari tangan kirinya nyaris hancur akibat termasuk ke dalam mesin pengisar daging di sebuah restoran di Semabok di sini semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa yang merupakan pekerja warga Yemen berumur 32 tahun sedang melakukan kerja-kerja mengisar daging kira-kira pukul 5.30 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Timbalan Penguasa Bomba Kamarulzaman Md. Din berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Hospital Melaka pada pukul 5.44 petang bagi membantu mengeluarkan tangan mangsa dari mesin berkenaan.

Katanya, sepasukan 12 anggota bomba tiba dilokasi pada pukul 5.56 dan mengambil masa kira-kira 10 minit bagi mengeluarkan tangan mangsa menggunakan alat pemotong mini hidrolik.

“Mangsa diberikan oksigen dan ubat penahan sakit oleh pegawai perubatan ketika kerja-kerja menyelamat tangan dibuat.

“Empat jari mangsa mengalami luka akibat terkena bilah pengisar manakala satu jarinya telah hancur,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kamarulzaman berkata, mangsa kemudian diserahkan semula kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN