Tahun baharu dicemari parti liar, 500 pengunjung diserbu - Utusan Malaysia

Tahun baharu dicemari parti liar, 500 pengunjung diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 1 Jan. – Kira-kira 500 pengunjung yang sedang berpesta liar di sebuah taman tema air di Ayer Keroh sempena tahun baharu terkedu apabila diserbu pihak berkuasa, awal pagi ini.

Dalam operasi bersepadu yang diadakan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) itu, 22 individu termasuk seorang remaja perempuan berumur 15 tahun turut ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) kerana disyaki mengambil dadah.

Yang Dipertua MPHTJ, Mahani Masban berkata, pihaknya mendapati permit yang diperolehi penganjur untuk program itu telah disalahgunakan termasuk melibatkan minuman keras selain beroperasi melebihi waktu dibenarkan.

“Difahamkan lebih 500 pengunjung telah berkumpul di taman tema air ini seawal pukul 6 petang dan acara itu sepatutnya berakhir pada pukul 12 tengah malam.

“Bagaimanapun, parti itu masih berlangsung dengan pelbagai aktiviti tidak bermoral dan kesalahan membabitkan dadah ketika serbuan dibuat pada pukul 12.20 tengah malam,” katanya dalam sidang akhbar di sini pagi ini.

Jelas Mahani, pihaknya turut akan memanggil pihak penganjur parti berkenaan untuk siasatan lanjut berkenaan pelanggaran syarat permit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN