Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, siapa yang tahu. Begitulah yang dialami oleh Mawarni Namli apabila kekacang yang diminatinya sejak kecil menjadi sumber rezekinya. Berasal dari Kampung Berchang, Lipis, Pahang, wanita berusia 36 tahun itu merupakan seorang usahawan berjaya dengan hanya menjual kacang tanah bersalut tepung dalam botol 250 gram. Membuka cerita, Mawarni yang merupakan seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak,…










