KUALA LUMPUR – Lelaki yang ditembak mati selepas lima jam mengurung dan mencederakan seorang kanak-kanak berusia dua tahun dalam kejadian di tingkat empat sebuah pangsapuri di Telipok Ria, Sabah, Ahad lalu disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI). Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, bagaimanapun, pihaknya masih belum dapat mengenal pasti identiti sebenar suspek. “Saya difahamkan suspek adalah seorang PATI namun identitinya masih belum dapat dipastikan kerana tiada…










