Suspek simbah air panas terhadap anak diminta serah diri - Utusan Malaysia

Suspek simbah air panas terhadap anak diminta serah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 2 Jan. – Bapa kepada kanak-kanak yang melecur akibat disimbah air panas di Flat Kampung Melayu, Air Itam di sini diminta menyerah diri bagi membantu siasatan.

Menurutnya, lelaki itu dikesan berada di luar Pulau Pinang berdasarkan beberapa petunjuk bersama isteri dan anak bongsunya.

“Kita minta bapa kepada mangsa supaya menyerah diri untuk kita dapatkan keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian malam Khamis lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun melecur di beberapa bahagian badan dipercayai disimbah air panas oleh bapa kandungnya.

Mangsa dikatakan diperlakukan sedemikian selepas bapanya berang kerana makanan yang disediakan isterinya habis dimakan empat anaknya termasuk mangsa selepas pulang dari bekerja.

Akibatnya, mangsa yang merupakan anak kedua melecur di lengan, rusuk serta dada kanan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN