Suspek kes amang seksual patah pinggang cuba bunuh diri - Utusan Malaysia

Suspek kes amang seksual patah pinggang cuba bunuh diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH 21 Jan.  – Suspek kes amang seksual dan seks luar tabii yang ditahan reman di balai polis di sini kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka akibat mengalami kecederaan parah patah pinggang ketika dalam lokap.

Guru Sains di sebuah sekolah menengah agama di Pulau Sebang di sini itu dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun dari aras tinggi lokap dianggarkan kira-kira 3.6 meter sehingga mengalami kecederaan.

Menurut sumber polis, lelaki berusia 40 tahun itu disedari terbaring dengan kesan kecederaan pada pukul 12 tengah malam tadi oleh pengawal lokap yang bertugas.

“Dia kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil walaupun dia ditempatkan di ICU.

“Kita percaya dia memanjat jeriji lokap sebelum terjun untuk mencederakan dirinya seterusnya cuba membunuh diri,” katanya ketika dihubungi di sini petang ini.

Semalam, guru lelaki berkenaan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes amang seksual fizikal dan seks luar tabii terhadap seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun. 

Perintah reman sehingga 26 Januari itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Melaka, Dorismah Mohd. Idris. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nor Yhazid Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut namun enggan mengulas lanjut.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN