PUTRAJAYA 16 Jan. – Sumbangan peruntukan Kementerian Kewangan terhadap institusi-institusi pendidikan tidak seharusnya dijadikan isu melainkan ia ditimbulkan dengan niat jahat untuk mengapi-apikan sentimen perkauman dan ekstremisme. Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil pendekatan inklusif dalam mempertimbangkan sumbangan kepada institusi pendidikan yang bukan bermotifkan keuntungan. Beliau berkata, dasar berterangkuman jelas dicerminkan dalam ucapan Bajet 2019 dengan langkah kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM652 juta untuk menaik…










