Sultan Pahang paling akhir berangkat pulang - Utusan Malaysia

Sultan Pahang paling akhir berangkat pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Jan. – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah merupakan Sultan terakhir yang berangkat pulang dari Istana Negara, pada pukul 1 petang, di sini hari ini.

Keberangkatan pulang itu selepas baginda menghadiri mesyuarat khas Majlis Raja-raja bagi membincangkan pemilihan Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang berlangsung selama kira-kira dua jam serta dihadiri tujuh Sultan dan Raja lain.  

Antaranya ialah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar; Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah; Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah; Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin merupakan sultan pertama yang berangkat pulang pada pukul 12.45 tengah hari tadi.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini