PEKAN 16 Jan. – Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan berangkat ke majlis kesyukuran dan doa selamat bersempena istiadat pemasyhuran baginda sebagai Sultan Pahang Keenam di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, di sini hari ini. Yang berangkat sama Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Keberangkatan Al-Sultan Abdullah kira-kira pukul 7 malam ke masjid berkenaan disambut Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail,…










