Sultan Johor ucap tahniah kepada Tengku Abdullah - Utusan Malaysia

Sultan Johor ucap tahniah kepada Tengku Abdullah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Jan. – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah mengucapkan tahniah kepada Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang akan dimasyurkan sebagai Sultan Pahang keenam.

“Merafak ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada DYMM Sultan Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah atas pemasyhuran Baginda sebagai Sultan Pahang,” titah Sultan Ibrahim dalam Facebook baginda hari ini.

Tengku Abdullah yang merupakan Pemangku Raja Pahang, diangkat sebagai Sultan Pahang keenam bagi menggantikan ayahanda baginda, Sultan Ahmad Shah.

Pelantikan itu dibuat selepas dipersetujui oleh kerabat dan ahli Jumaah Pangkuan Diraja Negeri yang bersidang di Kuala Lumpur semalam.

Pengumuman berhubung pelantikan berkenaan dibuat oleh Timbalan Pengerusi Jumaah Pangkuan Diraja Negeri, Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dalam satu majlis khas di Istana Abu Bakar hari ini.

Tengku Abdullah akan dimasyhurkan pada Selasa depan.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN