TEMERLOH 25 Jan. – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang diumumkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 berkuatkuasa 31 Januari ini berangkat menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Baru Temerloh di sini hari ini. Baginda yang lengkap berbaju Melayu berwarna biru muda dan bersampin tiba ke masjid berkenaan kira-kira pukul 1.10 petang. Ini merupakan majlis pertama baginda bersama rakyat setelah diumumkan sebagai…










