KUALA LUMPUR 8 Jan. – JABATAN Kerja Raya mengakui kewujudan kartel tender yang membarah teruk sehingga menafikan peluang kontraktor kecil bersaing sebagaimana dilaporkan Mingguan Malaysia Ahad lalu. Jabatan itu dalam satu kenyataan menjelaskan sukar untuk mengesan kegiatan kartel tersebut untuk tindakan lanjut. Menurut jabatan tersebut, walaupun begitu, beberapa langkah telah diambil Kementerian Kewangan dan agensi-agensi berkaitan untuk membendung masalah tersebut daripada terus melarat. “Kementerian Kewangan telah memperketatkan urusan perolehan kerajaan…










