LINA jadi serba salah. Amaran daripada suaminya masih terngiang-ngiang di telinga. “Aku tahu siapa yang tolong engkau. Nanti, mereka akan dapat balasannya!”. Tegas bunyi suara suaminya. Jantung Lina berdegup kencang. Fikirannya serabut. “Ya Allah, selamatkan dan lindungilah sahabatku daripada menjadi mangsa kejahatan sihir suami ku. Mereka tidak bersalah. Niat mereka hanya untuk menolong aku!,” rintih Lina dalam doa selepas solat. Lina sama sekali tidak menyangka suaminya boleh bertindak sejauh itu.…










