Stor arak tanpa lesen dalam kebun kelapa sawit diserbu - Utusan Malaysia

Stor arak tanpa lesen dalam kebun kelapa sawit diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Kelicikan sekumpulan penyeludup menjadikan sebuah kebun sawit di Telok Gong sebagai tempat penyimpanan minuman keras sebelum diedarkan kepada pelanggan akhirnya terbongkar selepas diserbu Pasukan Polis Marin (PPM), tengah malam tadi.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang, Deputi Superintenden Khairuddin Jamal berkata, serbuan dilakukan kira-kira pukul 12.15 tengah malam dalam rondaan Op Pensura yang mengesan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dalam keadaan mencurigakan melalui kawasan itu.

“Anggota kemudiannya membuat pemeriksaan sekitar kebun berkenaan dan telah menjumpai longgokan minuman keras yang ditutup dengan kanvas biru bersama longgokan sampah.

“Pemeriksaan lanjut telah menemui 32 kotak minuman keras pelbagai jenama seperti Dumburger, Strong Southen, Craft Beer, Cabs Belgium dan Holland Import yang dianggarkan bernilai RM11,066 termasuk cukai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Khairuddin berkata, bagaimanapun, tiada tangkapan dilakukan dengan kesemua barangan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang di sini untuk tindakan lanjut.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti pemilik minuman keras itu dengan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 kerana mengimport barangan larangan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×