KUALA LUMPUR – Prospek sektor hartanah dijangka lebih bersifat neutral pada tahun ini dengan disokong oleh peningkatan inventori dalam pasaran berkenaan. Penganalisis MIDF Research, Jessica Low Jze Tieng berkata, pertumbuhan stok hartanah kediaman sedia ada dan hartanah kediaman tidak terjual dijangka membebani pemaju. Menurut beliau, ini kerana mereka perlu lebih kompetitif dalam menyediakan tawaran terbaik kepada pembeli. “Ia termasuk menawarkan rebat yang lebih tinggi dalam pengewangan inventori di samping projek-projek…










