SEMANGAT. Lebih 100 orang pekerja kilang menyertai Kempen Derma Darah 2018 anjuran Thunder Print Sdn. Bhd., dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Lama di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini. Pengurus pentadbiran Thunder Print Sdn. Bhd., Ku Hanita Ku Ibrahim berkata, program yang diadakan itu mendapat sambutan baik dalam kalangan pekerja kilang dan pihak luar. Semua darah yang dikumpul kakitangan Tabung Darah Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH)…










