PUTRAJAYA 29 Jan. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah menghubungi mana-mana pihak menerusi surat bagi menutup sebarang kes rasuah. Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, pihaknya telah menerima banyak aduan daripada orang awam yang terpedaya dengan surat palsu tersebut sejak kebelakangan ini. Beliau sehubungan itu menasihatkan rang ramai yang menerima sebarang surat meragukan untuk mendapatkan pengesahan daripada mana-mana pejabat SPRM terdekat…










