JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tujuh kontraktor selepas dipercayai terlibat dalam kes tuntutan palsu berhubung kerja pembekalan di Jabatan Perpaduan Negeri Johor berjumlah RM48,600 dua tahun lalu. Kesemua tujuh suspek termasuk dua perempuan berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun masing-masing merupakan pemilik syarikat berlainan ditahan di Pejabat SPRM cawangan Kluang pada pukul 4 petang semalam. Menurut kenyataan yang dikeluarkan SPRM, hasil siasatan yang dijalankan mendapati kesemua kontraktor tersebut telah mengemukakan tuntutan palsu berkaitan kerja-kerja pembekalan di Jabatan Perpaduan Negeri Johor. “Kerja-kerja pembekalan yang berjumlah RM48,600 itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya