Solari tidak gusar penonton kurang - Utusan Malaysia

Solari tidak gusar penonton kurang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 10 Jan. – Santiago Solari menyifatkan Real Madrid memiliki jutaan penyokong ketika pasukannya menundukkan Leganes 3-0 di Santiago Bernabeu yang separuh kosong.

Jumlah kehadiran penyokong ke stadium dilihat semakin menurun musim ini dengan hanya 44,321 penyokong hadir dalam aksi kalah mati Copa del Rey itu.

Sergio Ramos membuka jaringan buat tuan rumah dengan jaringan ke-100 bersama kelab itu sebelum Lucas Vazquez dan Vinicius Junior melengkapkan kemenangan tuan rumah.

Solari yang sebelum ini menerima kekalahan 0-2 kepada Real Sociedad dalam saingan La Liga di hadapan penyokong sendiri dilihat semakin kurang mendapat sokongan.

“Real Madrid ada berjuta penyokong di seluruh dunia dan negara ini. Ke mana sahaja kita pergi, mereka ada.

“Tiada semua boleh datang ke Bernabeu. Real Madrid adalah jenama terkemuka dunia bola sepak. Pasti ada yang berminat dengan pasukan ini.

“Saya ulang: terdapat jutaan penyokong Real Madrid di seluruh dunia. Kami sentiasa ditemani penyokong,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN