SAUDARA PENGARANG,SAYA pernah merokok mulai tahun 1971 hingga tahun 1976 dan dalam tempoh itu saya mempunyai sedikit pengalaman mengenai baik buruk tabiat merokok. Kini saya tidak lagi merokok, pun begitu saya amat bersetuju dengan cadangan supaya disediakan tempat khas merokok di ruangan forum akhbar ini baru-baru ini. Ia adalah langkah terbaik setelah kerajaan memutuskan untuk mengambil tindakan terhadap perbuatan merokok di tempat awam. Hal demikian kerana bagi mereka yang merokok…










