Socceroos tukar taktik jumpa UAE - Utusan Malaysia

Socceroos tukar taktik jumpa UAE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI 22 Jan. – Jurulatih Australia, Graham Arnold, percaya pasukannya memiliki ramuan tersendiri tanpa tonggak utama Tom Rogic menjelang suku akhir Piala Asia menentang tuan rumah, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sabtu ini.

Rogic terpaksa diketepikan akibat penggantungan selepas menerima kad kuning kedua.

Juara bertahan itu sebelum ini terpaksa berhempas-pulas ketika menundukkan Uzbekis­tan menerusi penentuan pe­nalti 4-2 selepas 120 minit permainan berlangsung tanpa gol di Al Ain.

Dalam perlawanan itu Rogic dilayangkan kad kuning kontroversi pada minit ke-20 selepas didapati mengasari pemain lawan, Jaloliddin Masharipov biarpun ulang tayang yang membuktikan pemain tengah Celtic itu tersandung kaki pemain Uzbekistan tersebut.

“Kad kuning itu agak keras kerana buat Tomi tidak berniat melakukannya.

“Kami mempunyai pilihan lain dan saya boleh mengubah sistem kami jika perlu.

“Kami akan melihat bagaimana pendekatan UAE dan kami akan menganalisisnya untuk menyesuaikan dengan sistem yang berbeza,” kata Arnold.

Sementara itu, UAE me­nempah pertemuan dengan Australia selepas dipaksa ­bekerja keras untuk menum­paskan Kyrgyzstan 3-2 dalam satu lagi saingan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×