“POLITIK adalah cara merompak dunia. Politik adalah cara menggulingkan kekuasaan, untuk menikmati giliran berkuasa.” – WS Rendra. Pengumuman kerajaan melancarkan mySalam, yang merupakan skim insurans bagi golongan B40, adalah langkah yang amat berbahaya untuk jangka masa panjang. Walaupun kelihatan seperti kaedah untuk melindungi hak penjagaan kesihatan golongan B40, namun sebetulnya mengimport masuk skim insurans ke dalam sistem nasional hanya akan menghakis akses kesihatan yang sekarang ini sudah sedia ada terbuka…










