KUALA LUMPUR – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak berniat untuk menyertai bidang politik meskipun beliau merancang untuk memperbanyakkan aktiviti kemasyarakatan sempena usianya yang bakal menginjak ke angka 40 tahun ini. Siti ketika ditemui berkata, selain aktiviti kemasyarakatan, beliau juga mahu memberi tumpuan penuh terhadap bidang seni dengan terus menghiburkan peminatnya. “Benar, saya banyak terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan, lebih-lebih lagi apabila saya dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah…










