ALOR GAJAH 7 Jan. – Satu sindiket pengedaran dadah berpusat di daerah ini yang aktif sejak empat bulan lalu berjaya dilumpuhkan selepas polis merampas tiga jenis dadah bernilai RM203,500 pada awal pagi, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah, Superintenden A. Asmadi Abdul Aziz berkata, kesemua dadah berkenaan dirampas susulan penangkapan seorang suspek lelaki berusia 37 tahun di sebuah rumah dekat Kampung Pulau, Durian Tunggal di sini pada pukul 2.15 pagi. …










