KUALA TERENGGANU – Pendekatan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Terengganu menyiarkan fotofit individu dikehendaki sejak dua tahun lalu berjaya meningkatkan kadar penyelesaian kes jenayah di negeri tersebut. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisinoner Fazlisyam Abdul Majid berkata, seramai 235 fotofit suspek disiarkan pihaknya dengan 145 orang telah berjaya ditahan sehingga akhir tahun lalu. Beliau berkata, hanya 90 suspek yang fotofitnya disiarkan menerusi media dan laman Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis…










