PULAU PINANG 30 Jan. – Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa siasatan dilakukan segera bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab membuang sisa industri berhampiran kawasan paya bakau di Batu Maung di sini. Pegawai penyelidiknya, S. Mageswari berkata, pihaknya terkejut selepas mendapati kawasan itu dipenuhi sisa industri seperti konkrit, bahagian enjin kereta, sisa elektrik dan elektronik, tali nilon dan sisa plastik. Tambah beliau, sisa buangan itu menyebabkan satu-satunya kawasan hutan paya bakau…









