KANGAR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menerima dokumen perbicaraan bagi pertuduhan melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Shahidan, 67, yang merupakan Ahli Parlimen Arau hadir ke mahkamah dalam keadaan bertongkat ditemani anak dan menantu lelakinya. Peguam Shahidan, Zuhair Ahmad Zakuan (gambar kecil) berkata, penyerahan dokumen perbicaraan tersebut dilakukan terus kepada anak guamnya mengikut Seksyen 51A…










